Pada minggu lepas saya dah pun dptkan buku yg bertajuk Mama Saya Lapar yg berharga RM19.90. Saya beli buku ni kat MPH Jusco Tmn Universiti Skudai semasa hubby kirim belikan majalah Digital Camera...hehe...sempatkan jugak menjengah buku2 lain alang2 dah kat kedai buku...
Mama Saya Lapar adalah buku pertama Wardina yang berkonsepkan keibubapaan, penuh dengan gambar berwarna-warni didedikasikan untuk para ibu. Dalam buku ini, kita dapat mengetahui tabiat pemakanan yang berkhasiat untuk anak-anak serta tips yang sangat berguna untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak.
Masa keluarkan buku ni drp beg plastik dan anak2 tengok muka depan, semua kata : " mama ni Wardina yg kat dlm TV3 dgn kat Facebook kan mama??...huhu...itu yg bestnya bila org cantik, baik, terkenal, tak sombong, pandai dan semua yg terbaik semua org akan sayang dan kenal...mcm Wardina lah...sekarang pulak Wardina sambung belajar lagi...mmg respek kat Wardina ni...teringin nak jumpa Wardina bawak anak sekali...yg bestnya anak baca sendiri buku ni tau...yg di pimpin oleh anak sulung ku Danial kp adik2nya Danish & Darwisyah...thanks Wardina menerbitkan buku yg sgt berguna utk para ibu yg mementingkan pemakanan anak2...
Buku ni juga saya dapat mengatasi masalah terutama yang berkisar tentang pemakanan kerana anak kedua saya terlalu memilih bab makan. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment