Pages

23 July 2010

Persiapan Menghadapi Ramadhan



Islamic Greeting Card by Alhabib

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Bulan Rejab dan Syaaban adalah masa terbaik untuk membuat persiapan jiwa dan mental bagi berhadapan dengan bulan Ramadhan. Antara yang boleh dilakukan adalah :

  • Bersyukur kerana Allah melanjutkan usia dan berdoa agar Allah izinkan bertemu Ramahdan sekali lagi,
  • Mula puasa Isnin danb Khamis,
  • Banyakkan membaca dan mendengar Al-Quran,
  • Cuba untuk mendapatkan khusyuk ketika solat,
  • Tilawah Al-Quran dan cuba menghatamkannya minima sekali sebelum Ramadhan,
  • Membaca atau mendengar ceramah dari kaset berkenaan Allah, Syurga dan nikmatnya, Zikrullah, Taubat dan sebagainya,
  • Berfikir tentang kejadian makhluk Allah,
  • Muhasabah diri tentang pencapaian amalan di bulan Ramadhan tahun lepas,
  • Doa semoga Allah membantu kita thabat dalam melakukan keta'atan,
  • Berazam untuk meninggalkan beberapa tabiat buruk seperti merokok, mengumpat, mengeluarkan kata-kata kesat, membazir dan sebagainya,
  • Mengajak suami/isteri serta anak-anak beramal dan mengigatkan mengenai kedatangan Ramadhan.

No comments:

Post a Comment