Pages

25 July 2010

Buku ' Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir & Doa '

Buku TARBIAH ANAK-ANAK DENGAN ZIKIR & DOA  ini penulisnya ialah Ustaz Zahazan pd harga RM12. Saya beli buku ni semasa mengisi masa terluang yg ada sambil menunggu giliran di Hospital. Ustaz Zahazan ini adalah idola saya...saya suka Ustaz Zahazan ni bila pertama kali dengar Motivasi Pagi di TV3. Cara penyampaiannya dalam menyampaikan ilmu-ilmu keagamaan mudah difahami mungkin kerana ilmu yg disampaikan ikhlas dari hati nuraninya...



Isi kandungan buku ini menghimpunkan doa-doa untuk ibu bapa membimbing anak-anak dan diajarkan kepada anak serta untuk dijadikan amalan dalam mendidik anak juga termasuklah :

KETELUSAN AKHLAK & KEMURNIAN PEKERTI untuk mendidik anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, menenteramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, mohon kesabaran, meningkat keyakinan diri dan mohon dipenuhi keperluan

KECEMERLANGAN AKADEMIK seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, mohon kelulusan cemerlang dan mudah menghafal al-Quran. 

KECERGASAN JASMANI DAN KEAFIATAN FIZIKAL seperti mohon perlindungan daripada gangguan, sihir, luka, demam, bengkak, jauhi daripada zina, stres dan jauhi daripada insomnia.

ZIKIR DAN SELAWAT seperti selawat Ibrahimiyyah, mohon kebahagiaan, mohon keselamatan, kelapangan, menghindari bahaya, sembuh penyakit dan mengelak mimpi ngeri.
  
InsyaAllah semoga dengan bimbingan buku ini, Allah permudahkan saya mendidik anak-anak saya menjadi anak-anak soleh & solehah, cemerlang, terbilang dan gemilang di dunia dan juga di akhirat kelak....Amin..

No comments:

Post a Comment