- Tilawah Al-Quran : menghabiskan satu juzuk sehari untuk tilawah dan taddabbur. Manafaatkan segenap masa di waktu siang dan malam untuk bersama Al-Quran.
- Tarawikh : pilihan masjid dengan keutamaan : dekat dengan rumah, bacaan imam yang tartil, kadar bacaan ( lebih afdhal satu juzuk ), tazkirah.
- I'tikaf : saling membantu di kalangan ahli keluarga untuk memudahkan ibadat I;tikaf di masjid, rancangan cuti rehat, kenal pasti masjid yang mesra I'tikaf ( disedia makan sahur, mendapat sambutan dll ).
- Infaq : sediakan peruntukan khas untuk sedekah kepada anak yatim, orang miskin, muallaf, umat islam yang berjihad seperti di Palestin dan Iraq dll.
- Iftar : elakkan pembaziran, mengawal nafsu keinginan makanan pelbagai. Pastikan makanan seimbang dan berkhasiat.
- Majlis Ilmu & Tazkirah : anjurkan majlis tazkirah selepas solat subuh, Tarawikh, Zohor di surau pejabat, bersama ahli keluarga di rumah.
- Zikir & Doa : cuba beristiqamah bersama ahli keluarga untuk membaca zikir Al Ma'thurat, banyakkan berdoa pada waktu mustajab, perbanyakkan zikir sepanjang masa.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ya Allah...bukakanlah bagiku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin...
Pages
12 August 2010
Tips Menikmati Keindahan Ramadhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment