Pages

27 October 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...minggu ni hampir seminggu berturut mendapat pengisian yang sangat bermakna dan bermotivasi bagi saya iaitu huraian mengenai "Haji" pada slot Muqaddimah di TV9 dari jam 8.00 hingga 8.30 pagi oleh Prof Dr Hj Muhd Kamil Bin Hj Ibrahim. Sebelum ini saya hanya mengenali namanya dari buku "Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman" yang dihadiahkan kepada saya oleh seorang rakan muda masjid Tmn u pada 22 Ramadhan yang lalu.


Dari reaksi dan kata-kata yang penuh bersemangat juga meyakinkan dari Prof Dr Kamil di TV9 pagi tadi juga 3 siri yang lepas, saya merasa semangat untuk bangun di waktu tengah malam untuk memohon ampun dan hidayah terus meresap ke dalam jiwa aku sampai bila-bila. Moga saya juga dapat menunaikan fardhu haji pada usia muda sepertinya. Moga Allah perkenankan niat ku ini...Amin..

Sejak kebelakangan ini juga, saya bersyukur sangat kerana kesihatan aku terpelihara...tiada lagi lemah badan, tiada lagi sakit tengkuk tiada juga sakit kaki. Walaupun cuaca luar rumah agak sejuk pada waktu petang juga malam. Malah dalam cuaca yang sejuk ini aku mampu bangun pada awal pagi dan kadang-kadang tersedar pada tengah malam. Ini mugkin adalah permintaan saya  agar kesihatan saya dipelihara bagi memudahkan saya untuk beribadah. Alhamdulillah...permintaan saya telah dimakbulkan. Syukur Alhamdulillah...Insyaallah saya tidak akan sia-siakan apa yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada saya.

*Hanya kepada Allah s.w.t sahajalah yang layak untuk kita meminta-minta juga meluahkan segala isi hati seolah-olah kita bercakap-cakap dengan Allah s.w.t dan meminta belas kasihan dariNya...moga kemanisan iman terus meresap disanubari...

No comments:

Post a Comment