Pages

29 October 2011

Bubur Sumsum

Semalam, lepas makan tegah hari terus mengadap pc buat kerja. Selang beberapa jam anak-anak dah sibuk nak makan. Tak tau nak masak apa yang paling simple. Bila tengok dalam kabinet ada pula tepung beras. Wah ! cukup bahan ni nak buat bubur sumsum. Santan ada, gula melaka ada, daun pandan pun ada ditanam di luar rumah. Mula terfikir, beli tepung beras ni masa bulan puasa memang untuk buat bubur sumsum.  Tapi sampai sekarang masih tak buat lagi. ermmm...bukan rezeki nak makan bubur sumsum pada bulan puasa..

Alhamdulillah, inilah rezeki dan menu untuk keluarga pada petang semalam...

dalam proses penyejukkan
hasilnya dpt 15 bekas...yg lain anak2 dah makan...
agak-agak berselera tak?

Bahan-bahan :

Bubur
  •  2 cawan - tepung beras
  • 7 cawan - air bertapis
  • 1 cawan - pati santan
  • 1 sudu teh - garam
  • 3 helai - daun pandan
Sirap gula
  • 2 ketul - gula merah
  • 3 helai - daun pandan
Caranya :

  1. Blander tepung bersama 3 cawan air dengan sekali putar sahaja. Kemudian masukkan kedalam bekas masakan. Masukkan bahan-bahan Bubur yang lain. Masak atas api yang sederhana sambil terus mengacau hingga likat selama 20 minit.
  2. Setelah masak masukkan ke dalam bekas. Ikut suka.. 
  3. Biarkan bubur sejuk seketika...
Untuk sirap gula,

Masak semua bahan-bahan sirap gula hingga gula larut dan mendidih. Kemudian angkat dan tapis. Bila sirap sudah sejuk bolehlah menikmati bubur sumsum juga yang telah disejukkan tadi...

No comments:

Post a Comment