Pages

29 October 2011

Mengidamkan Belangkas...

Mengidam belangkas? Saya mengandung ke?...ish...ish...ish...tidak le...

Ceritanya macam ni...semalam, tiba-tiba je hubby terngidam nak makan belangkas dan tiba-tiba je hubby boleh meluahkan perasaan kat status fbnya yang jarang-jarang dia nak melayan fb. Ni kes dah ngidam tahap kritikal agaknya. Tapi bagus juga dia tulis status di dalam fb sebab dapat respon dan info dari rakan-rakannya. Siap bagi no tel lagi..

Yang kelakarnya, bila hubby minta tolong saya pergi ke Gerai Belangkas Mahkota di Kota Tinggi bersama anak-anak sahaja dan tapau untuknya memandangkan hubby terpaksa  kerja hari ini. Kebiasaannya kalau hubby kerja pada hari Sabtu, dia akan sampai ke rumah dalam pukul 2.30ptg. Sedangkan masa tu gerai tersebut telah di tutup. Esok (ahad) pula gerai tutup. Lagipun esok kami akan menghadiri dan meraikan majlis Konvo Nuri Education di Permas Jaya buat Athilah. So, ini sahajalah cara untuk hubby melepas ngidamnya.

Kesian...kesian...sampai macam tu sekali...

Ok...moga saya selamat sampai ke destinasi "Gerai Belangkas Mahkota @ Kota Tinggi" pagi ini. Apa-apa hal saya akan update kemudian. Insya'Allah...itu pun jika panjang umur...

No comments:

Post a Comment