Pada 29.10.2011 yang lepas, saya telah membelikan NiQuitin berbentuk kapsul untuk suami sebagai tanda sokongan kepadanya untuk berhenti daripada tabiat merokok. Masuk hari ni, telah 10 hari suami berjaya menahan dirinya daripada tabiat merokok. Tapi suami ada kata, bila makan kapsul ni perut terasa pedih seakan gastrik. Jadi, hari ni saya belikan NiQitin Patch 14mg sebanyak 2 keping sahaja sebagai percubaan. NiQitin Patch 14mg ni mahal sikit daripada NiQitin kasul. So, tunggu pengalamannya bila mengunakan kaedah NiQitin Patch 14mg ni esok..
No comments:
Post a Comment