Pages

22 March 2013

Iklan Yang Mudah Adalah Di Mudah

Setelah puas ditenung dan direnung akhirnya hati ni merelakan dia untuk dijual. Cara mudah untuk menjual dialam maya ini salah satunya adalah di mudah.my. Wah...glamer sekejap ye kamu dapat masuk mudah.my, gerenti ramai akan tengok wajah kamu yek JJQ1945 Yamaha 135LC...huhu...pukul 9.42 pagi mula diiklankan...pukul 2.43 ptg barulah wajah kamu dapat masuk dalam iklan mudah.my. Tak lama lepas tu je Samsung Galaxy S2 ni pun berdering...dah ada orang merisik rupanya...hihihi...inilah kelebihan iklan di mudah.my... Satu hari ni Samsung Galaxy S2 ni asyik ler berdering dan berselang-seli dengan sms...sampai la waktu tengah malam nak masuk tido pun masih ada sms yang masuk...ye la...waktu tengah malam mana ada orang berani nak caling-caling kan?




26 November 2012

Keperluan Baby

Alhamdulillah...sejak makan Alfalfa produk dari Shaklee, Vitamin C, B-Complex dan Acid Folid susu badan semakin banyak. Yang tak bestnya bila susu banyak ni, baby tak banyak pula menyusu. Mungkin cuaca di luar redup, sedaplah Baby layan mata untuk tidur.









17 October 2012

Kandungan 38 Minggu

Kandungan minggu ni dah masuk 38 minggu. Tak sabar nak melihat wajah baby yang mama kandungkan. Malam tadi Danial minta Samsung Galaxy S2 papa untuk tengok perkembangan baby di Pregnancy BabyCentre pada hp.

http://www.babycenter.com/2_inside-pregnancy-labor-and-birth_3658872.bc

Semua anak-anak mama kata : " Wah ! takutnya... ".

Mama pun kata : " emmm...sebab tu syurga dibawah tapak kaki ibu. Jangan melawan cakap mama...jangan tinggikan suara pada mama...

23 August 2012

Lebaran 2012

Alhamdulillah...masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk kami menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta di kampung halaman. Seperti tahun-tahun lepas kami akan berkumpul pada hari raya pertama pada setiap tahun genap, manakala pada tahun ganjil kami akan berkumpul pada hari raya kedua. Seperti sebelum ini kami tidak dapat beraya bersama satu keluarga lagi kerana mereka beraya bersama keluarga mertua di Kedah. Inilah sahajalah potret yang dapat di potretkan sebagai kenangan untuk tahun ini.

Bermaafan di pagi raya...

Bergurau di pagi raya..

Potret di pagi raya..





25 April 2012

Seorang Suami Bernama Muhammad s.a.w

Begitu lama tidak meletakkan entri baru dalam gentarasa. Saya dalam cabaran untuk membahagikan masa natara menulis, menjalankan program latihan, berceramah dan menguruskan hal-hal peribadi serta keluarga. 

Banyak yang perlu dipertimbangkan. Bukan dengan akal dan pemikiran sahaja, tetapi joga dengan hati dan perasaan. Kekadang logik itu menyakitkan. Kekadang emosi itu lepas dari kendali realiti dan kenyataan. Pohon hidayah Allah juga untuk membuat keputusan yang tepat dan tindakan yang paling bermanfaat. 

Dilema antara tuntutan menulis dan memberi ceramah ini sudah lama. Telah ada pun keputusannya. Saya ingin menulis! Itulah kata-kata pengukuhan. Namun kekadang ada panggilan di hujung talian menusuk hati walaupun kekadang yang mengundang untuk berceramah di surau-surau kecil yang tidak berapa ramai ahlinya. Saya kekadang bimbang, mana tahu ada orang di situ yang benar-benar inginkan petunjuk, manalah tahu ceramah daif daripada saya boleh enjadi sebabnya (hidayah milik Allah).

Banyak juga pelawaaan untuk muncul di TV terpaksa saya tolak. Kekadang tajuknya sangat besar sehingga saya tidak mampu menanganinya. Saya tolak dengan baik2. Kekadang, tajuknya besar sedang wadah masanya terlalu keci, sehingga tidak mampu saya menyelaraskannya dengan misi dalam hati untuk berdakwah pada diri dan masyarakat. Ya, saya belajar melepaskan…
Banyak juga persoalan, masalah peribadi yang diajukan oleh pembaca, belum mampu saya jawabkan. Tetapi percayalah, sebaik sahaja saya membacanya saya akan berdoa untuk dri saya dan insan-insan yang dilanda ujian itu. Kita sama-sama diuji… 

Maka terbayanglah dalam ruangan fikiran saya, bagaimana ulama-ulama, ustaz-ustaz, para pendakwah yang jauh lebih tercabar dengan kerja dakwah ini. Tentu ujian mereka lebih hebat. Bukan setakat ulama-ulama silam, malah pendakwah-pendakwah kontemporari kini pun mungkin menhadapi cabaran yang getir… Saya yang bagaikan ‘akar’ di tengah-tengah rotan ini hanya mampu beristighfar dan berdoa, semoga semua itu dorongan untuk mendidik diri.
Maafkan saya, saudara-saudari jika lama tidak memasukkan entri baru, bukan bermakna saya ‘lari’ tetapi kononnya berundur seketika ke belakang, ambil lajak untuk melompat lebih tinggi dan jauh. Apapun seperti yang saya pesan selalu, kita tidak akan mengalah dalam mujahadah. Kerana jika tidak susah-susah dalam melalui jalan kebenaran, kita tetap akan disusah-susahkan juga tetapi di jalan kebatilan. Lebih baik kita susah di jalan Allah, daripada susah di jalan nafsu dan syaitan.

Pada bulan Rabiulawwal ini izinkan saya menukilkan : Seorang Suami Bernama Muhammad S.A.W...

Jika ingin membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita. Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Oleh itu, apabila dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam cawan rumah tangga boleh mencetuskan badai di seantero dunia.

Perkara yang pertama dan utama dalam hidup seorang lelaki bernama suami adalah keluarga. Tidak ada gunanya dia berjaya di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja… sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. Justeru, Allah telah awal-awal lagi mengingatkan melalui firmanNya yang bermaksu, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!

Setiap lelaki pasti ditanya tentang kepimpinanya. Dan kepimpinan yang pertama akan dipersoalkan di Hari Akhirat nanti, bukan kepimpinan masyarakat, organisasi, jabatan,  kabinet atau negaranya… tetapi kepimpinan dalam keluarganya. Seorang wanita mudah masuk ke dalam syurga walaupun tanpa suami bersamanya, tetapi seorang lelaki sangat sukar masuk ke syurga tanpa isterinya. Seorang suami hanya layak ke syurga apabila semua yang berkaitan isteri dan anggota keluarganya sudah dipersoalkan.

Oleh kerana itu tertib dalam usaha membina kehidupan yang baik dimulakan dengan membaiki diri, kemudian membaiki rumah tangga dan seterusnya pancarkanlah sinar dalam rumah tangga itu ke tengah masyarakat. Bukankah sinar Islam itu pun bermula dari rumah Rasulullah saw? Nur wahyu dari gua Hira’ terpancar ke dalam diri Rasulullah, kemudian menyinari jiwa Khadijah dan kemudian dari situlah… bermulanya cahaya Islam ke dalam masyarakat Arab di Makkah, seterusnya merebak ke Madinah dan akhirnya tersebar ke seluruh semesta.

Justeru, sebelum kita mencari pengiktirafan sebagai pengurus, pengarah, CEO, menteri, perdana menteri, Presiden, raja dan sultan yang berjaya, carilah dahulu pengiktirafan dari dalam rumah tangga sendiri. Jadilah suami yang berjaya. Tegasnya, kita belum benar-benar diiktiraf sebagai seorang yang baik sekiranya belum menjadi suami yang baik. Sekiranya kita bertanya siapakah orang yang paling baik? Dengarlah jawapan dari Rasulullah saw ini: ”Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu terhadap keluargaku.”

Mari sejenak kita layangkan fikiran dan terbangkan rasa menjelajah rumah tangga Rasulullah. Kita saksikan bagaimana manusia agung ini berjuang dalam gelanggang yang paling kecil tetapi sangat besar pengaruhnya kepada pembinaan ummah. Ya, bagaimana sikap, cakap dan diam baginda sebagai seorang suami. Semoga kita tidak hanya mengumpul riwayat dan hikayat, tetapi benar-benar menghayati makna sirah yang tersurat dan tersirat.

Adakalanya baginda pulang ke rumah lewat malam malah  menjelang dinihari. Kerja dakwah dan memimpn masyarakat acapkali menyebabkan baginda berenggang dengan isteri. Sejarah menceritakan bagaimana baginda tidak akan mengetuk pintu rumah untuk mengejutkan isteri yang sedang nyenyak tidur. Bahkan dibentangkannya sahaja kain ridaknya lalu dijadikan lapik untuk baginda tidur di muka pintu.
Apabila baginda bertanya kepada isterinya apakah pada hari itu ada makanan untuk dimasak dan apabila isterinya menjawab tidak ada… baginda akan tersenyum lalu memutuskan pada hari itu baginda akan berpuasa. Tenang dan indah sekali. Pada hari ada rezki untuk dimakan, baginda syukur. Apabila tidak ada, baginda sabar.

Sejarah menceritakan juga bagaimana baginda sendiri menjahit bajunya yang koyak dan menampal kasutnya yang bocor. Walaupun dia insan yang paling agung dan mulia, tetapi sentiasa sedia turun ke bawah membuat kerja-kerja yang dianggap remeh dan kecil oleh lelaki-lelaki lain yang kononnya lebih hebat dan unggul. Mereka terlupa bahawa pemimpin yang hebat ialah mereka yang rela membuat kerja-kerja kecil tetapi dengan jiwa yang besar. Dan Rasulullah telah membuktikan hakikat itu!
Bayangkan baginda yang sering menangis, bimbang dan takut akan nasib umatnya di akhirat tetapi masih punya masa untuk bergurau senda dengan isteri-isterinya. Bukan sekali baginda berlumba lari dengan iserinya hinggakan Aisyah berkata, “adakalanya baginda menang, adakalanya aku menang.” Sikap baginda yang romantik itu merupakan sesuatu yang masih sangat baru di kalangan umat Arab, kerana baru beberapa tahun sebelumnya wanita dianggap warga kelas dua sehingga bayi perempuan pun biasa ditanam hidup-hidup.

Sikap ‘gentleman’ dan romantik baginda bukan sahaja pada Aisyah yang jelita tetapi juga pada Saudah, seorang janda yang telah dinikahi oleh baginda ketika telah berusia. Oleh kerana Saudah telah tua dan kurang berdaya  dan badannya yang besar, baginda sering melipatkan lututnya untuk dipijak oleh Saudah apabila isterinya hendak menaiki unta. Sebagai perbandingan,  ramai daripada para suami kini yang membuka pintu kereta untuk isterinya?

Sekiranya terbayang juga kebimbangan pada raut wajahnya ketika masuk ke rumah isterinya, baginda akan menjawab jika isterinya bertanya kenapa? Ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah dimetrai dan para saabat begitu sedih sehinggakan tidak sedar akan perintah Rasulullah supaya bercukur dan menyembelih binatang, Ummu Salamah mendengar kebimbangan baginda itu lalu mencadangkan agar Rasulullah saw dahulu yang bercukur dan menyembelih korban…

Mata baginda bersinar atas cadangan dan pandangan isterinya lantas keluar semula lalu bercukur dan menyembelih kambing tanpa berkata sepatah pun kepada sahabat-sahabatnya. Baginda ‘bercakap’ dengan sikap seperti yang dicadangkan oleh Ummu Salamah. Dan melihat perbuatan baginda itu, para sahabat tersentak, tersedar lalu turut bercukur dan menyembelih binatang.

Bayangkan betapa besarnya jiwa baginda tetapi masih sudi mendengar cadangan daripada para isterinya. Jika benar dan betul, baginda akan menerimanya tanpa rasa malu dan ego. Tetapi jika batil dan salah, baginda tidak akan mengalah atau berundur walaupun selangkah.
Pernah baginda dihadiahkan seekor kambing untuk dimakan bersama keluarga. Baginda meminta Aisyah agar memberikan daging-daging kambing kepada orang yang lebih memerlukan. Aisyah dengan segera menunaikan perintah baginda… cuma ditinggalkan sedikit yakni bahagian kaki untuk Rasulullah saw. Ya, Rasulullullah gemar memakan kambing terutama bahagian kakinya dan itulah yang dititip oleh Aisyah untuk suaminya tersayang.

Apabila tiba waktu makan, Rasulullah bertanya apakah daging-daging kambing itu telah diberikan kepada fakir miskin? Lantas Aisyah menjawab sudah kecuali bahagian kaki yang dimasak untuk baginda. Baginda tersenyum gembira, namun masih sempat mengingatkan isterinya dengan kenyataan  yang penuh tarbiah dan hikmah, bahawa semua bahagian kambing itu menjadi hak mereka di akhirat kecuali bahagian kaki itu!
Di rumah baginda sentiasa tersenyum, ceria dan menolong kerja-kerja rumah. Hanya apabila azan bergema baginda akan berhenti dan serta merta menuju masjid seolah-olah tidak mengenal isterinya lagi. Jangan terkejut jika diberitakan adakalanya baginda akan mandi bersama dengan isterinya dan menceduk air dari bekas yang sama. Bukan berlakon-lakon, jauh sekali mengada-mengada, tetapi itulah realiti peribadi Rasulullah, insan paling kasih, paling sayang, yang segala perbuatannya lahir dari hati nurani yang paling murni. Sifat romantiknya lahir dari hati.

Banyak kali baginda mengingatkan, agar suami berlaku baik kepada wanita dan digalakkan bergurau senda dan bermain-main dengan isteri. Baginda bersabda:” bermain-main itu boleh dalam tiga hal. Ketika melatih kudamu, memanah dan bercanda dengan isterimu.” Biasa baginda mencium isterinya, ketika hendak berpergian jauh ataupun dekat, lama atau sekejap. Ciuman yang bukan hanya apabila nafsu bergolak, tetapi ciuman cinta yang lahir dari hati yang penuh kasih, kasihan dan sayang.

Baginda adalah suami yang ‘sporting’. Suatu ketika pada suatu Hari Raya, Sayidina Abu Bakar masuk ke rumah Aisyah di mana pada ketika itu ada dua orang perempuan sedang menari dan memukul gendang, sedangkan nabi menutup dirinya dengan baju (tidak melihat), maka Abu Bakar yang melihat keadaaan itu membentak kedua wanita tersebut, lalu Rasulullah menampakkan wajahnya seraya berkata, “hai Abu Bakar, biarkanlah mereka, sekarang adalah Hari Raya.”

Baginda minum daripada gelas yang sama dengan isterinya. Bahkan baginda mencecahkan bibirnya pada tempat di mana betul-betul bibir isterinya minum. Bahkan pada saat-saat akhir pemergiannya pun baginda meminta Siti Aisyah melembutkan kayu sugi dengan menggigitnya dan kemudian baginda minta disugikan dengan kayu sugi tersebut. Hinggakan kerana itu Aisyah menyatakan air liurnya dan air liur baginda bertemu sehingga saat akhir menuju kewafatannya.

Apabila baginda berada di bulan Ramadan, sentiasa baginda akan bangun pada waktu dinihari untuk solat dan munajat. Demi kasih sayang terhadap isteri, baginda akan mengejutkan mereka untuk sama-sama memburu kecintaan Allah. Tidak digerakkan isterinya  dengan gerakan yang kasar ataupun lengkingan suara yang tinggi, tetapi cuma disentuh dengan penuh kasih sayang dan dibelai dengan kata-kata bujukan.
Jika kita ingin menjadi suami… contohilah seorang suami yang bergelar Rasulullah – utusan Allah yang membuktikan kepada kita bahawa perkahwinan itu bukan hanya soal hidup bersama  tetapi ‘cinta bersama’ buat selama-lamanya.

Masyhurlah kemudiannya kata-kata “marriage is loving-together, not just living together” namun Nabi Muhammadlah suami yang membuktikan hakikat itu dalam kehidupan berumahtangganya lebih 1400 tahun yang lalu.Teladanilah seorang suami bernama Muhammad s.a.w

24 April 2012

Hadiah Yang Paling Bermakna.


Alhamdulillah...selepas balik dari masjid malam semalam untuk dengar kuliah dari Ustaz Rifqi bersama anak-anak teringat untuk ambil Tafsir Quran yang dihadiahkan dari Biro Rakan Muda MJTSAWTU di rumah kak Jamilah. Ini adalah ikhlas dari Biro Rakan Muda MJTSAWTU kepada petugas semasa Kem Hafazan & Pengajian Al-Quran 2011. Dah lama kak Jamilah hantar sms untuk ambil hadiah ni tapi masa tu badan tak berapa sihat untuk keluar rumah. Selepas 2 hari Kak Jamilah sms lagi supaya diambil hadiah ini, saya pun kerumahnya.

Apabila dihulurkan Tafsir Quran ini oleh anak lelaki kak Jamilah yang ketika itu Kak Jamilah sedang berehat bilik tidurnya mungkin kerana kepenatan bekerja disiang hari. Di dalam hati ini merasa bersyukur kerana inilah idaman yang selama ini untuk memiliki Tasir Quran ini.

Pernah melihat Quran ini yang dimiliki oleh seorang rakan sekuliah di kuliah Tafsir setiap hari Jumaat di Rumah Hjh Kamariah di Taman Sri Orkid. Juga rakan-rakan sekuliah telah memiliki Tafsir Quran yang lebih kurang serupa ini. Sebelum ini jika ke Kuliah Tafsir saya hanya membawa Tafsir Quran bersaiz kecil yang saya beli dari Aqsa Syarif. Apa pun saya tetap bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang telah dikurniakan.

Inilah kekuasaan Allah s.w.t yang apabila kita menghajati perkara yang baik, Insya'allah akan dikabulkannya dengan pelbagai cara, tetapi kita hendaklah bersabar. Inilah yang sering saya alami. Apabila dalam hati kita baik, Insya'allah baiklah yang akan di terima...Terima kasih Allah kerana memberi hidayah kepadaku di usia muda, moga hidupku sentiasa menerima hidayah dari-Mu. Aamiin...

10 April 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah s.a.w

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥






SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias