Pages

24 April 2012

Hadiah Yang Paling Bermakna.


Alhamdulillah...selepas balik dari masjid malam semalam untuk dengar kuliah dari Ustaz Rifqi bersama anak-anak teringat untuk ambil Tafsir Quran yang dihadiahkan dari Biro Rakan Muda MJTSAWTU di rumah kak Jamilah. Ini adalah ikhlas dari Biro Rakan Muda MJTSAWTU kepada petugas semasa Kem Hafazan & Pengajian Al-Quran 2011. Dah lama kak Jamilah hantar sms untuk ambil hadiah ni tapi masa tu badan tak berapa sihat untuk keluar rumah. Selepas 2 hari Kak Jamilah sms lagi supaya diambil hadiah ini, saya pun kerumahnya.

Apabila dihulurkan Tafsir Quran ini oleh anak lelaki kak Jamilah yang ketika itu Kak Jamilah sedang berehat bilik tidurnya mungkin kerana kepenatan bekerja disiang hari. Di dalam hati ini merasa bersyukur kerana inilah idaman yang selama ini untuk memiliki Tasir Quran ini.

Pernah melihat Quran ini yang dimiliki oleh seorang rakan sekuliah di kuliah Tafsir setiap hari Jumaat di Rumah Hjh Kamariah di Taman Sri Orkid. Juga rakan-rakan sekuliah telah memiliki Tafsir Quran yang lebih kurang serupa ini. Sebelum ini jika ke Kuliah Tafsir saya hanya membawa Tafsir Quran bersaiz kecil yang saya beli dari Aqsa Syarif. Apa pun saya tetap bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang telah dikurniakan.

Inilah kekuasaan Allah s.w.t yang apabila kita menghajati perkara yang baik, Insya'allah akan dikabulkannya dengan pelbagai cara, tetapi kita hendaklah bersabar. Inilah yang sering saya alami. Apabila dalam hati kita baik, Insya'allah baiklah yang akan di terima...Terima kasih Allah kerana memberi hidayah kepadaku di usia muda, moga hidupku sentiasa menerima hidayah dari-Mu. Aamiin...

No comments:

Post a Comment