Pages

24 October 2011

Popia Oh Popia..

Sabtu, 22 Oktober yang lepas...sedang mengikuti ceramah mengenai " Rahsia Emas Dalam Al-Quran " oleh Ustaz Othman Bin Hassan (Imam Besar Masjid Shah Alam) terima sms dari A'at dengan smsnya ; 

"Salam...kak, akak Ct dgn abg Karim ada kat kg...akak baliklah..." 
Aku pun tel hubby, ajak hubby balik kg...jawapnya...ok...kita bertolak pukul 10.00mlm...

wah ! semangatnya aku....selesai ceramah dan solat isya' pukul 9.30mlm kami pun balik ke rumah...sampai di rumah, aku tak terus masuk rumah sebab nak siapkan menyidai baju yang siap dibasuh siang tadi...sementara suami dan anak-anak mengambil pakaian mereka utk dibawa balik ke kg...anak-anak pun happy sangatlah sebab tak sabar nak jumpa sepupu-sepupu mereka...kami bertolak dari rumah pukul 10.30 mlm...

Sebaik sahaja keluar dari plaza tol Sedenak, suami bagi tau yang dia teringin nak makan satey di Bkt Batu..tapi hampa kerana gerai satey tak buka...aku pun bagi cadangan utk makan popia di Kedai makan berhampiran stesen keretapi Layang-Layang...suami kata.."ok" !...

Bila sampai tempat yg dituju, anak-anak sedang nyenyak tidur...kami kejutkan mereka dengan sabar...aduhai...kesiannya anak-anak...cuma Athilah sahaja yang nampak bersemangat...Danial dan Danish turun dari kereta dengan lemah longlai...sampai di meja makan mereka berdua boleh sambang tidur...tapi sempat jugalah mereka order air milo ais...apa boleh buat, dah mama dan papa tiba-tiba je nak makan kat luar...tengah-tengah malam pulak tu...huhu...jarang-jarang kami lakukan sebab tak elok untuk kesihatan...sekali-sekali tak salah...hehe

Last makan popia ni masa keluar dating dgn suami 10 thn lepas...inilah rezeki untuk 22 Oktober 2011 jam 11.00mlm...Alhamdulillah...jemputlah makan ye...sila...sila... :)


popia warong stesen keretapi Layang-Layang

No comments:

Post a Comment