Daripada pengertian tersebut dapat dirumuskan beberapa konsep Taqwa kepada Allah iaitu :
1) Seperti terdapat pada hadis Riwayat Ibnu Mas'ud ,Taqwa ialah :
- Taat Kepada Allah,
- Tidak menderhakaiNya
- Ingat Kepada Allah,
- Tidak MelupaiNya
- Bersyukur Kepada Allah,
- Tidak MengkufuriNya
2) Seperti yang dikatakan oleh Saidina Ali iaitu :
- Takut kepada Allah yang Maha Agung,
- Berpada serta syukur segala nikmatnya,
- Beramal segala suruhanNya;
- Bersedia untuk kembali kepadaNya.
Sesiapa saja yang ingin sampai ke puncak Taqwa sehingga sifat Taqwa itu bertapak di dalam hati sanubari hendaklah memenuhi 3 syarat utama :
- Beriman
- Berilmu
- Beramal Soleh.
Apabila kita patuh dan taat serta memenuhi hak-hakNya dan memelihara batasan-batasanNya pasti Allah makin sayang, kasih, cinta serta menurunkan sekian banyak Rahmat dan NikmatNya kepada kita.
Oleh yang demikian dalam membincangkan berhubungan dengan Amalan Menambah Rezeki, Taqwa amat penting. Marilah kita renung satu Firman Allah dari Surah Al-Tholaq ayat 2-3 pada juzuk ke-28 yang bermaksud :
Ertinya :
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t pasti Dia akan mengandakan baginya jalan keluar dan memberikan rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, akan melaksanakan urusannya yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Menerusi ayat ini Allah menjelaskan bahawa dengan Taqwa Allah beri jalan keluar :
- dari susah kepada senang
- dari takut kepada berani,
- daripada gelisah kepada tenang.
Ayat tersebut juga dikenali dengat ayat 1000 Dinar. Sesetengah ulama' menganjurkan :
- Menulisnya dan mengantungkan di rumah.
- Tak cukup ditulis tapi hendaklah dijadikan amalan wirid selepas solat khususnya selepas solat Subuh dan Maghrib sebanyak 7 kali. Kalau hendak dibaca setiap Solat 7 kali lebih baik.
Dipetik dari buku : Amalan Menambah Rezeki & Hidup Barakah
Oleh : Ustaz Hj. Mohd Nazri Bin Hj. Zainal Al-Hafiz
No comments:
Post a Comment