Pages

26 August 2010

Hendaklah Sering Beristighfar ( Bertaubat )


  Istighfar adalah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud  ialah "Meminta Ampun". Pada istilah syarak Istishfar ialah Menundukkan Jiwa, Hati dan segenap fikiran kepada Allah dan memohon ampu dari segala dosa dengan menyebut kalimah-kalimah Istighfar.



Istighfar melalui lisan ini tiada erti sekiranya tidak disertai oleh hati dan fikiran yang bulat untuk memperolehi keampunan dari Allah. Oleh yang demikian hendaklah Istighfar itu dilakukan bersama-sama oleh lisan yang mengucapkannya dan jiwa pula benar-benar tunduk dan mengharap akan mendapat keampunan dari Allah.



Apakah kaitan Istighgar ( mohon ampun ) dengan tambahan rezeki dan hidup barakah ?

Cuba pembaca budiman merenung beberapa ayat Quran dan hadis seperti berikut :

1. Firman Allah dalam surah Hud ayat 3 juzuk ke 12.

Ertinya :
           Mohonlah olehmu kepada Tuhanmu, keampunan dari segala dosa, kemudian bertaubatlah kepadaNya. Dia akan memberikan kepadamu berbagai macam kenikmatan yang cukup baik lagi memuaskan sehingga batas waktu yang telah ditentukan dan Dia ( Allah ) akan memberikan kemuliaan kepada setiap orang menurut kadar masing-masing.

Ayat ini menjelaskan bahawa dengan amalan meminta ampun ( Istighfar ) akan dianugerahi berbagai nikmat termasuk rezeki dan hidup barakah disamping mendapat kemuliaan dari Allah.

2. Renungkan firman Allah, surah Nuh ayat 10-12 juzuk ke 29 .

Ertinya :
           Maka telah aku katakan : Mintalah olehmu keampunan kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia ( Allah ) Maha Pengampun. ( Bila kamu buat yang demikian itu ) nescaya Dia ( Allah ) akan menurunkan kepada kamu dari langgit hujan yang lebat mencurah-curah danmembanyakkan buatmu harta ( wang/duit ) dan anak pinak dan menjadikan kepada kamu kebun-kebun dan menjadikan kepada kamu sungai-sungai.

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa sesiapa saja yang membiasakan atau selalu beristighfar ( minta ampun ) pasti akan mendapat kelepasan daripada kesusahan dan kesulitan dan akan diberi rezeki daripada punca yang tidak disangka-sangka atau tidak pernah terlintas dihati.



ampunilah hamba, ya Allah, maha penerima taubat

ampunilah hamba, ya Allah daripada segala dosa

tambahkan kepadaku ilmu yang berguna

berikanlah aku amalan yang dimakbulkan

kurniakan kepadaku rezki yg meluas

perkenankan taubatku dgn taubat nasuha

No comments:

Post a Comment