Pages

29 August 2010

Berdoa Memohon Keluasan Rezeki Lagi Barakah

Orang yang bertaqwa, sentiasa memohon dan meminta kepada Allah sahaja dalam erti kata berdoa hanya kepadaNya. Doa ertinya seruan, permohonan atau permintaan yang ditujukan semata-mata kepada Allah s.w.t bagi sesuatu hajat atau keperluan.

 Manusia mempunyai banyak kemahuan dari keperluan sedangkan ia bersifat lemah dan tidak mampu mencapainya sendiri tanpa kurniaan atau pertolongan Allah..

Dalam perkara ingin keluasan rezeki ini adalah digalakkan supaya sentiasa berdoa kepada Allah supaya selamat dan sejahtera disamping berdoa agar Allah luaskan rezeki dan barakah dalam kehidupan.

Amalan berdoa ini telah disebut di dalam firman Allah yang bermaksud :


" Berdoalah kepadaku nescaya akanku perkenankan bagimu ".

" Berdoalah kepadaku Tuhanmu dengan rendah diri dan suara yang lembut ".

Dengan berdoa juga dapat memberi kekuatan dan kebersihan jiwa.

Contoh Doa yang bermaksud :

" Ya Allah, aku memohon kepadamu rezeki yang halal, lagi luas, bayak, serta barakah dari arah yang tidak aku ketahui ".

Perhatian :

Berdoa kepada Allah sebaiknya dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu berdoa di dalam bahasa Arab, maka hendaklah berdoa dalam bahasa apa yang kita ketahui dan fahami. Penghayatan terhadap doa yang difahami itu lebih tepat untuk cepatnya dimakbulkan oleh Allah. InsyaAllah...Amin..

No comments:

Post a Comment