Bersyukur adalah dengan 3 cara, seperti :
- Dengan menyebut ' Alhamdulillah ' ertinya segala puji bagi Allah.
- Dengan hati iaitu beriktifad hatinya bahawa segala nikmat itu daripada Allah s.w.t.
- Dengan anggota badan iaitu menggunakan segala nikmat anggota itu di dalam ketaatan kepada Allah.
" Maka ingatlah kamu kepada aku ( dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu ) supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada Aku dan janganlah kamu kufur ( akan nikmatKu ) ".
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 juzuk ke 13 yang bermaksud :
" Dan ingatlah Ya Muhammad tatkala Tuhan kamu memberitahu. Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah lagi nikmatKu kepada kamu. Dan jika kamu kufur sesungguhnya azabKu sangat pedih ( keras ) ''
Tambahan :
Juga digalakkan sujud syukur setiap kali mendapat nikmat atau mendapat apa yang dihajatkan.
Caranya seperti :
- Ambil wuduk dengan sempurna,
- Berdiri bagi yang kuasa atau boleh ketika duduk seperti duduk tahiyat awal sambil mengadap kiblat,
- Bertakbiratul ikhram sambil berniat " Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Ta'ala ".
- Terus sujud. Dalam sujud bacalah " Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan Pujian bagiNya ".
No comments:
Post a Comment