Pages

02 November 2011

Belangkas Oh Belangkas...

Alhamdulillah...di hari Rabu ini tertunai sudah hajat en. suami untuk menikmati salah satu kegemarannya pada waktu kecil iaitu belangkas !

Ceritanya macam ni...

...seperti biasa hari ni hubby pergi kerja ( singapore ) tapi agak terlewat sedikit keluar dari rumah dengan menaiki motosikal Yamaha LC JJQ....(ntah tak ingat pulak no flat). Sebaik sampai di tambak Johor hubby tersalah masuk lorong...nak katakan kira tak ada rezeki nak kerjalah senang kata.. sebabnya jalan jammed teruk, lorong yang hubby masuk ditutup dan terpaksa ke lorong lain. Kebiasaannya bila dah kena macam ni memang akan sampai lambat ke tempat kerja dan terpaksalah hubby berpatah balik. Biasanya dalam setahun hubby akan alami perkara macam ni dalam 3 @ 4 kali yang mana hubby dah bekerja di Singapore selama hampir 20 tahun. Alasan yang hubby akan beri adalah childcare leave..hehe

Bila hubby dah berpatah balik dan tiba di Johor, hubby terus tel saya untuk beritahu yang dia nak ke Kota Tinggi untuk mendapatkan belangkas dan juga menikmati mee rebus Kota Tinggi (sebelah Petronas sebelum jambatan) sebagai menu sarapannya pada pagi ini...aduhai...sedapnya... Yang peliknya hubby kata ; " time-time hari kerja pun ramai jugak orang makan mee rebus pagi-pagi ye..." Biasanya kalau kami ke warung mee rebus ni time cuti hunjung minggu memang ramai sangat pengunjung. Rupanya hari bekerja pun ramai juga pengunjung. Itulah rezeki yang Allah beri kepada pemilik warung...

Selesai menikmati mee rebus hubby terus ke warung belangkas (selepas jambatan dan jalan menuju ke air terjun). Masa tu hubby sampai pukul 11.00pg yang mana orang sedang ramai menikmati belangkas. Hubby order..

belangkas masak sambal..
lala...tak tau nama masakan...yg penting sedap...
siput sedut masak sambal..
Semua ni hubby beli bungkus dan bawa balik ke rumah untuk menikmati makan tengah hari bersama keluarga tercinta. Semuannya sedap-sedap belaka menu yang hubby pilih. Saya yang tak pernah makan belangkas pun bila makan memang terangkatlah...aduhai belangkas oh belangkas...sedap rupanya kamu ni ye..nampaknya saya yang lebih-lebih dari hubby...

Ya Allah...terima kasih kerana masih memberi " Nikmat Makan " kepada kami...

Alhamdulillah...inilah rezeki untuk kami pada hari ini...

No comments:

Post a Comment