Pages

29 October 2011

Berusaha Dengan Niquitin..

Lepas balik makan fizza hut di Jusco Tmn u pergi ambil barang di Shashinki. Lepas tu ke farmasi D'APOTIC Tmn u untuk tunaikan permintaan anak-anak dan juga saya sendiri yang mahukan papa mereka untuk  berhenti merokok. Sebelum ni saya yang kata dengan anak-anak, nak belikan ubat untuk papa mereka untuk berhenti merokok. Tapi asyik lupa je...nasib baik kali ni anak-anak ingatkan lagi sekali.


Sampai di farmasi kami disambut oleh petugas-petugas di situ. Senanglah kerja saya..terus sahaja beri tahu nak beli Niquitin.

Nak makan Niquitin ni ikut pada jumlah berapa banyak perokok mengambil rokok untuk satu hari. Contohnya hubby, satu kotak rokok boleh habis dalam masa satu hari. So, hubby kena makan Niquitin untuk 2mg selang 2 jam sekali. Saya beli untuk masa 24 jam.


Insyaallah dengan usaha ini dapatlah hubby berhenti merokok buat kali ke-3 percubaannya. Sebelum ni percubaan untuk berhenti merokok tidak mengambil sebarang ubat-ubatan. Hanyalah kerana batuk yang kerap berulang.


Mudah-mudahan dengan bantuan Niquitin ni hubby dapat berhenti merokok buat selama-lamanya. Saya dan anak-anak sangat memberi sokongan padu untuk hubby tercinta.

No comments:

Post a Comment