Pages

20 January 2011

Wedges

Wedges adalah menu Danial & Danish selepas balik dari sekolah yang ada dijual di kantin Sekolah Agama UTM. Tapi aku tak larat bila mereka tak puas makan dengan kadar RM1 sebungkus yang hanya beberapa potong sahaja, terutamanya Danial yang tengah kuat makan.

Walaupun belum sampai sebulan persekolahan baru untuk anak-anak, aku mulai terasa sedikit masalah kewangan untuk peruntukan anak-anak. Memang aku agak lokek untuk makan diluar. Bila dikira-kira :

RM1 x 3 orang = RM3 - Menu minum petang
RM1 x 3 orang = RM3 - Air (mereka tak nak kongsi & mengikut pilihan masing-masing ) .
Total : RM6 untuk minum petang sahaja.

Bagi mengelakkan pembaziran, aku mengambil keputusan untuk menghasilkan Wedges sendiri di rumah dengan bantuan resepi di my resepi.com yang diolah sedikit resepinya...

Sebelum tu nak cerita sikit...pernah sekali aku beli dan makan hasil dari kantin sekolah yang aku dapati kulit kentang tidak dibuang terlebih dahulu...huhu...pada aku itu adalah mengotorkan...

Inilah hasil air tanganku...sangat menjimatkan, berbaloi dan sudah tentu bersih...cubalah !


Bahan-Bahan :

4 biji kentang - saiz besar
7 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit kari ikan

Cara-cara

1. Kupas kentang potong bentuk belahan epal rebus 10minit atau hingga separuh masak. Dah siap toskan.
2. Campurkan bahan2 lain & campur air sedikit mcm nak buat bancuhan goreng pisang. Salutkan kentang tadi dalam tepung.
3. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Sedap makan dgn mayonis juga sos cili.

No comments:

Post a Comment