Pages

18 June 2011

Danial Ajar Budak Kristian Solat


Solomon dan Kristoper itulah nama yang tak asing lagi bagi Danial, Danish & Darwisyah yang selalu bermain sama-sama setiap waktu petang balik dari mengaji.

Tapi hari ni, aktiviti mereka lain dari hari biasa kerana Solomon Dan Kristoper tiba-tiba minta Danial tolong ajar solat.

Mereka masuk rumah dan mulakan dengan belajar mengambil wuduk mengikut arahan Danial. Aku dengarkan sahaja dari meja computer kerana sedang membaca. Kemudian Danial menyusun sejadah di ruang tamu kerana aku tak izinkan mereka masuk bilik solat. Danial mulakan niat solat asar dengan nada yang sedikit kuat untuk didengari dan diikuti Solomon dan Cristoper. Solatlah mereka hingga akhir solat dan Danial baca doa yang biasa dibacanya.

Selepas solat Danial ajar mereka mengucap kalimah syahadah...Ya Allah...pandainya anak aku sorang ni dalam hati kecilku...berbaloi aku menahan sakit selama 7 jam dalam labour room semasa proses melahirkan Danial.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan Ahmad Danial dalam hidupku yang selalu mengajar tentang dosa & pahala juga syurga & neraka kepada Solomon dan Cristoper. Aku berharap Solomon dan Cristoper akan memilih Islam untuk agama tetapnya pada suatu hari nanti.

Semoga Ahmad Danial menjadi anak soleh seperti idolanya " Ustaz Mohd Rifqi Myiddin "...

Ya Allah perkenankanlah permintaan ku ini Ya Allah...Amin...amin...Ya Robbal'alamin...

No comments:

Post a Comment