Pages

19 June 2011

Pengalama Baru

Sabtu, 18hb Jun 2011 adalah detik-detik bersejarah bagi aku, suami juga anak-anak kerana dapat menyaksikan secara langsung pegIslaman Eng Wee Hung Ke Mohammad Addin Hung. Situasi ini tidak dijangka lagsung oleh para hadirin di Majlis Ceramah Perdana dengan tajuk " Mencintai Rasulullah s.a.w " juga pihak masjid Tmn U. 


Kejadian ini berlaku pada akhir Majlis Ceramah Perdana dengan tajuk " Mencintai Rasulullah s.a.w " secara tiba-tiba. Pada ketika itu Danial sedang nyenyak tidur mungkin kerana kepenatan bermain pada waktu siang, tetapi aku berjaya mengejut Danial kerana inilah pengalaman berharga buat kami sekeluanrga.

Sebaik sahaja Danial bangun dan terpinga-pinga, aku berbisik ke telinga Danial apa yang sedang berlaku...Danial tidak lepas peluang dan terus meluru ke pentas tempat Hj Sairoji (Pengerusi Masjid Tmn U) berjabat tangan untuk  mengislamkan Eng Wee Hung. 

Aku berjaya merakamkan kenangan manis ini kerana aku dibaris paling hadapan.  

 

Perasaan ketika ni sangatlah happy dan terharu...di dalam hati kecilku...moga ini menjadi contoh Danial bagaimana cara untuk menIslamkan sseorang. 

Moga Danial berjaya membawa kepada Solomon juga abangnya Cristoper untuk memeluk Islam suatu hari nanti.

Alhamdulillah...bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Moga ramai lagi yang akan mendapat hidayah dari Allah s.w.t.

Semoga Mohammad Addin Hung diberi kekuatan menghadapi segala dugaan dan berada dalam Islam sehingga akhir hayatnya.



No comments:

Post a Comment