Pages

12 October 2011

Anak Buah Baru

Alhamdulillah...hari ni dapat anak buah lagi...semalam dalam pukul 5.20ptg terima sms dari Zul (adik ipar @ suami Shida) yang dalam smsnya ; " Shida dah masuk hospital hari ni.. ". Aku pun tel balik tanya lebih lanjut lagi...rupanya Shida dah sakit dan ada keluar tanda darah pagi tadi...tapi dia tahu ini akan mengambil masa...huhu...beraninya Shida ni...dia pergi hospital sebab dah tak boleh tahan sakit...

Malam tu dalam pukul 8.00mlm aku sms, tanya keadaan Shida...dia jawab ; " Belum bersalin lagi..."

Dalam pukul 1.00pagi, tengah syok tidur dapat sms dari mamat (adik bawah aku) sms bagi tau yang Shida dah bersalin...dia tak bagi tau pun baby girl @ boy...lepas baca sms aku terus tidur...bangun pagi pukul 6.30 try tengok hp...rupanya Shida sms pukul 2.30pagi...dlm smsnya ; "kak, kita dah bersalin anak girl." Aku balas smsnya ; "Alhamdulillah...tahniah. "

Petang...Shida sms yang dia keluar petang ni...aku pun tel suami kat office...nak ajak suami pergi rumah shida, suami kata, ok...

Malam lepas Isyak aku menuju ke rumah Shida...sampai pukul 9.30malam...

Inilah rupa baby...


Syok tidur..

Dalam bedung..

The cute jari..
Baru keluar kuku dah panjang..
The cute peha, lutut, betis, jari kaki n tapak kaki..
Tali pusat dalam masa 9 jam lepas bersalin..
Baby tak selesa...nak mintak tolong tukar pampers...
Baby saje suruh mak uda snap gambar dia tgh ek...ek...


Comelkan?...huhu...mestilah comel...

Nama baby belum difikirkan lagi...semasa memgandung Shida tak scan langsung. Nak suprise la katakan...Tak jangka langsung akan lahir baby girl sebab rata-rata tengok perut ibu baby masa mengandung jangkakan baby boy termasuklah mak uda dia...hehe...so, Shida pun langsung tak ada buat persiapan untuk beli baju girl (pink colour). Tak apalah bila2 mak uda rasa mak uda nak pergi shooping kat Jusco mak uda belikan baju pink colour ok !
 

Jangka lahir pada hujung bulan ni, tapi baby tak sabar nak keluar...Mula-mula ibu pergi Hospital Temenggong Ibrahim, Kulai tapi sebab tekanan darah tinggi terpaksa di hantar ke HSA naik ambulan...so, bersalin di HSA pada jam 1.++ pagi Rabu, 12 Oct 2011 dengan berat baby 3.45kg. 

Alhamdulillah...semuanya dah selamat...

No comments:

Post a Comment