Pages

12 October 2011

Air Barli

Air barli ni adalah permintaan suami...katanya sejak-sejak ni pinggang dan pundi air kencingnya rasa tak selesa...Alhamdulillah dapat tunaikan permintaannya...bertambah lagi pahala...

Air barli juga adalah amalan emak sejak aku hingusan lagi...sekarang masa untuk aku sekeluarga amalkan...cubalah...

Cara penyediaan ;

1 cawan beras barli , 5 cawan air dan 8 biji gula batu. Campurkan kesemua bahan, masak hingga barli kembang dan air menjadi putih...


Sedikit mengenai barli ;

Bijirin barli berasal dari Ethiopia dan Asia Tenggara yang ditanam lebih dari 10,000 tahun yang lalu serta dijadikan bahan perubatan untuk pelbagai jenis penyakit.

Khasiat air barli ;

Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.

Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.

Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman.

No comments:

Post a Comment